Showing posts with label Ar-rijal qawwamu a’la an-nisa. Show all posts
Showing posts with label Ar-rijal qawwamu a’la an-nisa. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Marsum buatmu

"Wajarkah dipanggil ayah sedang dia tidak pernah mempedulikan hak saya sebagai seorang anak? Layakkah dia dikasihi dan dihormati sedang dia tegar membiarkan anak sendiri derita dan kemudian maut kerana terlalu menuruti kata hawa pidana yang digilai? Layakkah?" Hampir sahaja dia menjerit.

Pesakit-pesakit yang berada di wad tersebut memandang dan berbisik sesama sendiri. Sumayyah masih seperti tadi. Tenang. Tidak banyak bicara.

"kenapa diam? Sudah tewas atau telah kehilangan hujah?" Emosinya benar-benar terganggu apabila mengingati insan yang bergelar 'ayah'. Wajah hawa pidana persis mentertawakan dirinya. Segera wajah kembarnya yang terlantar derita terbayang di tubir mata.

"Dia tidak layak untuk dipanggil ayah apatah lagi untuk dihormati. dia sendiri yang memutuskan hubungan di antara kami."

Sentuhan Iman di bahu menyedarkannya. Dia meraup muka. Segera dia berpaling. Tampak wajahnya berubah menahan perasaan.

"Maafkan saya tempoh hari. Memang saya terlalu emosi." Shah berusaha menepis ego dan dendamnya saat itu. Pesanan iumi diingati sebaiknya. Hawa di hadapan bukan pidana tetapi perawan suci, menyalin kekentalan Sumayyah srikandi syahid kala Islam mula bertapak.

"Saya telah lupakan."

"Ini ada sedikit kiriman daripada umi buat awak." Bungkusan palstik bertukar tanngan.

Sumayyah tersenyum. Lesung pipit di kedua belah pipinya timbul menyerlahkan keaslian wajah yang dimiliki. Pantas debar menjalari nubari. Ah! Mengapa? Dia sendiri hairan dengan perasaannya kini. Bukan dia tidak pernah melihat senyuman dan lesung pipit itu sebelum ini. Tetapi, ah! Dia tidak mengerti.

Nubarinya sering tidak menentu akhir ini. Bertambah risau apabila memikirkan kata-kata Dr. Ilham semalam. Tahap kesihatan Sumayyah telah mencvecah encephalopxathy dan kini bantuan pernafasan digunakan bagi menampung pernafasannya. pemindahan hati perlu dilakukan segera. Berkemungkinan koma jika ditangguhkan.

Sedikit sebanyak khabar itu mengundahkan hatinya. Dia sendiri hairan mengapa dia begitu risaukan hawa tersebut, sedang sebelum ini dialah pembenci makhluk Khaliq bergelar Hawa. Dalam tidak sedar dia bimbangkan situasi hawa tersebut. Tidak dinafikan dia takut kehilangan hawa tersebut.

Longlai dia mengatur langkah ingin menemui hawa Sumayyah. Ingin mencari kenalan atau saudara yang hampir kepada hawa tersebut. Ingin juga dia menyampaikan pesanan umi yang akn melawatnya petang itu.

Sumayyah yang terbaring dipandang sayu. Wayar yang berselirat di tangan hawa itu melemaskan pandangannya. Pantas wajah dipalingkan apabila ada seorang jururawat menyuntik jarum halus di bahagian lengan milik hawa di hadapan. Sakitnya persis turut terasa di tubuhnya. Hatinya menjerit, tidak mengizinkan jarum itu menembusi urat hijau milik Sumayyah. Tampak manic jernih menuruni pipi hawa di hadapannya.

“Doktor Shah, ini barang pesakit minta saya serahkan pada doktor.”

Laptop pemberian umi kepada Sumayyah dibuka cermat. Jemari mengklik karya-karya yang dihasilkan hawa itu. ‘Marsum buat Dr.Shah’. Pantas. Dia tidak menunggu lama. Skrin di hadapan diteliti.

Izinkan sahaja aku membahasakan diriku ‘aku’ denganmu agar serasi dan mudah marsum ini kunoktahkan. Andai hatimu punya persoalan mengapa, tentu sahaja jawapanku kerana di hadapanNya aku turut menggunakan bahasa ini.

Pernah dahulu kau menyatakan padaku, andai aku punya kesempatan hasilkan sebuah karya buatmu. Lalu atmaku menyedari masaku kian singkat dan mungkin aku tidak punya kesempatan lagi untuk menemanimu seperti selalu. Lalu marsum ini kubingkiskan buatmu. Anggap sahaja ia hadiah dariku dalam menjalin persahabatan singkat denganmu.

Andai ditanya, apa yang aku inginkan saat ini. Pastinya akan kunyatakan aku ingin sekali dikurniakan kesempatan untuk hidup kali kedua. Masih banyak amanah di pundakku yang belum mampu untuk kulunaskan. Amanah agamaku, amanah kasih ayahkuu, amanah pengajianku yang terkandas di pertengahan, amanah ibumu dan yang pasti amanah seorang sahabat dalam aku menjalin untaian persahabatan denganmu.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa membimbing sahabatnya kearah kebaikan bukan membiarkan. Justeru itu aku kesal kerana aku tidak bisa menjadi sahabat yang baik kepadamu. Aku biarkan ka uterus membenci ayahmu sedang aku tahu aku telah mengkhianati tulus sebuah persahabatan. Maafkan, aku tidak berupaya.

Ketahuilah olehmu bahawa aku ingin sekali menjawab pertanyaanmu dahulu. Layakkah ayahmu dihormati dan dipanggil ‘ayah’ dengan segala perbuatannya terhadapmu? Namun saat itu aku maklumi jawapanku hanya akan masuk telinga kanan keluar ke telinga kiri. Amat bahaya mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang marak. Detik waktu yang kita habiskan bersama ingin kusuarakan. Namun lidahku kelu. Aku juga tidak mampu untuk mengutarakannya. Bimbang renggangnya hubungan yang baru dibina.

Hanya di dalam marsum ini peluang akhirku. Dan aku amat berharap kau mengerti. Aku tidak ingin mengkhianati amanah ibumu. Jauh sekali menyulam persahabatan palsu denganmu.

Dr. Shah,

Walau bagaimana perbuatan ayahmu terhadapmu, dia tetap patut dan layak kau hormati. Sedarilah satu perkara yang telah lama kau lupakan. Dia ayahmu yang menyebabkan kewujudanmu ke buana ini. Buruk atau bagaimana keadaannya dia tetap darah dagingmu. Maafkan sahaja dirinya kerana Islam mengajar sebegitu. Bukanlah seseorang itu kuat dan gagah apabila dia dapat menewaskan lawannya. Tetapi mereka itu adalah insane yang mampu menahan diri dari nafsu amarahnya.

Benar katamu ‘ar-rijal qawwamu a’la an-nisa’. Kaum lelaki adalah pimpinan dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. Namun itu bukanlah hujah apabila kebenaran terbukti. Kaummu lah yang berperanan meluruskannya. Andai Adam terlalu keras dalam melenturnya pastinya ia akan patah. Dan andai adam meninggalkannya terus dia akan tetap begitu. Terus bengkok. Lantaran adam dikurniakan Sembilan akal dan satu nafsu berbanding hawa hanya satu akal dan sembilan nafsu. Tentu sahaja kaummu layak dan kuat berbanding hawa. Lantaran itu juga kaummu amat perlu membimbing hawa dalam banyak perkara. Jangan hairan atau pelik apabila hawa lebih emosional berbanding kaummu.

Hawa dijadikan dari rusuk Adam. Bukan dari kepala sebagai atasan. Bukan juga dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi. Dekat dengan hati untuk didik dan dikasihi.

Demikian hawa dijadikan Khaliq menjadi sayap kiri Adam. Tanpa hawa dunia terasa sempit dan tidak seronok didiami. Nabi Adam pernah gundah hidup keseorangan di dalam syurga yang indah. .. Lalu Khaliq kurniakan hawa mengisi kekosongan jiwa. Tanpa permaisuri siapalah adam yang menjadi raja. Tanpa isteri siapalah adam yang bergelar suami.

Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasulullah tidak mendapat dorongan yang amat diperluan untuk terus bangkit berpegang teguh kepada keyakinannya dalam menyebarkan Islam. Tanpa Aisyah barangkali banyak hadis Rasulullah tidak diketahui umat seluruhnya. Tanpa Siti Fatimah barangkali Ali tidak muncul sebagai menantu kesayangan Nabi. Tanpa Asiah barangkali Nabi Musa tidak terbela dalam menentang Firaun durjana. Tanpa Masyitah dan Sumayyah barangkali tiada terbukti hawa boleh berpegang teguh kepada keimanan biar maut terhampar di hadapan mata. Dan tanpa hawa siapalah adam kerana adam lahir dari perut seorang hawa.

Aku kira kau memahaminya. Lontarkan kesumat dendammu. Terima sahaja kebenaran ini. Kadangkala kita terpaksa mengorbankan hati dan perasaan kita sendiri demi menjaga hati dan perasaan orang lain meskipun kita berada dipihak yang benar. Justeru itu aku berpegang; ‘berkata benarlah walaupun ia pahit’. Maafkan aku andai garisah dan atmamu aku gurisi. Ketahuilah aku menyayangi ukhuwah ini. Andai ditakdirkan aku hidup sekali lagi, izinkan aku menjadi sayap kiri perjuangan dirimu. Maafkan aku buat kesekian kalinya. Hargai ibumu kerana dia juga seorang hawa sepertiku.

Buat akhirnya,

Andai hidup ini punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun, seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Hawa,

Sumayyah bte Muhammad Yasir.

Titisan manik jernih bertakung lama di tubir mata. Lalu tumpah menuruni pipi. Shah sendiri persis tidak percaya. Dia yang dahulu tidak mengenal fungsi air mata kini menangis hanya kerana seorang hawa bernama Sumayyah.

LeLAki sOleh JaDi REbUTan

Kaum lelaki adalah pimpinan dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.

Jika ditanya pada gadis-gadis, cirri-ciri lelaki bagaimana menjadi pilihan mereka? Dengan senang hati mereka menjawab; lelaki yang beriman dan soleh.

Tak kiralah walau pun mereka sendiri pun seorang yang moden dan bebas pergaulan. Alasannya, agar dapat membimbing mereka ke jalan uang diredai oleh Allah. Jadi, siapa sebenarnya lelaki soleh dalam erti kata yang sebenarnya?

Secara keseluruhan, lelaki soleh didefinasikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersiah dari segi zahir dan batin. Lelaki soleh juga mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang akan mendorong ke arah maksiat. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun di mana sahaja mereka berada pada bila-bila masa.

Sungguh pun begitu, kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata-mata. Ini adalah kerana ia berkait rapat dengan factor akidah dan keyakinan. Begitu juga, factor kepada siapa dia menyerahkan segala keyakinan dan ketaatan.

Tauhid merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus dipelihara kerana apabila tauhid betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila jelas kepada siapa kita memberikan keyakinan dan ketaatan barulah tauhid akan menjadi kenyataan. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap inndividu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cota dan jalan hidup seseorang itu.

ANTARA KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS…..

1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

2. Jihad fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hiddupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah S.W.T dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Biasa melakukan solatsolat sunat pada waktu malam.

11. Tawakal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepadaNya

12. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwah di antara mereka.

13. Berpegang kuat pada amanah, janji dan kerahsiaan.

ku damba kasihmu ya RABB...