Friday, January 29, 2010

Marsum buatmu

"Wajarkah dipanggil ayah sedang dia tidak pernah mempedulikan hak saya sebagai seorang anak? Layakkah dia dikasihi dan dihormati sedang dia tegar membiarkan anak sendiri derita dan kemudian maut kerana terlalu menuruti kata hawa pidana yang digilai? Layakkah?" Hampir sahaja dia menjerit.

Pesakit-pesakit yang berada di wad tersebut memandang dan berbisik sesama sendiri. Sumayyah masih seperti tadi. Tenang. Tidak banyak bicara.

"kenapa diam? Sudah tewas atau telah kehilangan hujah?" Emosinya benar-benar terganggu apabila mengingati insan yang bergelar 'ayah'. Wajah hawa pidana persis mentertawakan dirinya. Segera wajah kembarnya yang terlantar derita terbayang di tubir mata.

"Dia tidak layak untuk dipanggil ayah apatah lagi untuk dihormati. dia sendiri yang memutuskan hubungan di antara kami."

Sentuhan Iman di bahu menyedarkannya. Dia meraup muka. Segera dia berpaling. Tampak wajahnya berubah menahan perasaan.

"Maafkan saya tempoh hari. Memang saya terlalu emosi." Shah berusaha menepis ego dan dendamnya saat itu. Pesanan iumi diingati sebaiknya. Hawa di hadapan bukan pidana tetapi perawan suci, menyalin kekentalan Sumayyah srikandi syahid kala Islam mula bertapak.

"Saya telah lupakan."

"Ini ada sedikit kiriman daripada umi buat awak." Bungkusan palstik bertukar tanngan.

Sumayyah tersenyum. Lesung pipit di kedua belah pipinya timbul menyerlahkan keaslian wajah yang dimiliki. Pantas debar menjalari nubari. Ah! Mengapa? Dia sendiri hairan dengan perasaannya kini. Bukan dia tidak pernah melihat senyuman dan lesung pipit itu sebelum ini. Tetapi, ah! Dia tidak mengerti.

Nubarinya sering tidak menentu akhir ini. Bertambah risau apabila memikirkan kata-kata Dr. Ilham semalam. Tahap kesihatan Sumayyah telah mencvecah encephalopxathy dan kini bantuan pernafasan digunakan bagi menampung pernafasannya. pemindahan hati perlu dilakukan segera. Berkemungkinan koma jika ditangguhkan.

Sedikit sebanyak khabar itu mengundahkan hatinya. Dia sendiri hairan mengapa dia begitu risaukan hawa tersebut, sedang sebelum ini dialah pembenci makhluk Khaliq bergelar Hawa. Dalam tidak sedar dia bimbangkan situasi hawa tersebut. Tidak dinafikan dia takut kehilangan hawa tersebut.

Longlai dia mengatur langkah ingin menemui hawa Sumayyah. Ingin mencari kenalan atau saudara yang hampir kepada hawa tersebut. Ingin juga dia menyampaikan pesanan umi yang akn melawatnya petang itu.

Sumayyah yang terbaring dipandang sayu. Wayar yang berselirat di tangan hawa itu melemaskan pandangannya. Pantas wajah dipalingkan apabila ada seorang jururawat menyuntik jarum halus di bahagian lengan milik hawa di hadapan. Sakitnya persis turut terasa di tubuhnya. Hatinya menjerit, tidak mengizinkan jarum itu menembusi urat hijau milik Sumayyah. Tampak manic jernih menuruni pipi hawa di hadapannya.

“Doktor Shah, ini barang pesakit minta saya serahkan pada doktor.”

Laptop pemberian umi kepada Sumayyah dibuka cermat. Jemari mengklik karya-karya yang dihasilkan hawa itu. ‘Marsum buat Dr.Shah’. Pantas. Dia tidak menunggu lama. Skrin di hadapan diteliti.

Izinkan sahaja aku membahasakan diriku ‘aku’ denganmu agar serasi dan mudah marsum ini kunoktahkan. Andai hatimu punya persoalan mengapa, tentu sahaja jawapanku kerana di hadapanNya aku turut menggunakan bahasa ini.

Pernah dahulu kau menyatakan padaku, andai aku punya kesempatan hasilkan sebuah karya buatmu. Lalu atmaku menyedari masaku kian singkat dan mungkin aku tidak punya kesempatan lagi untuk menemanimu seperti selalu. Lalu marsum ini kubingkiskan buatmu. Anggap sahaja ia hadiah dariku dalam menjalin persahabatan singkat denganmu.

Andai ditanya, apa yang aku inginkan saat ini. Pastinya akan kunyatakan aku ingin sekali dikurniakan kesempatan untuk hidup kali kedua. Masih banyak amanah di pundakku yang belum mampu untuk kulunaskan. Amanah agamaku, amanah kasih ayahkuu, amanah pengajianku yang terkandas di pertengahan, amanah ibumu dan yang pasti amanah seorang sahabat dalam aku menjalin untaian persahabatan denganmu.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa membimbing sahabatnya kearah kebaikan bukan membiarkan. Justeru itu aku kesal kerana aku tidak bisa menjadi sahabat yang baik kepadamu. Aku biarkan ka uterus membenci ayahmu sedang aku tahu aku telah mengkhianati tulus sebuah persahabatan. Maafkan, aku tidak berupaya.

Ketahuilah olehmu bahawa aku ingin sekali menjawab pertanyaanmu dahulu. Layakkah ayahmu dihormati dan dipanggil ‘ayah’ dengan segala perbuatannya terhadapmu? Namun saat itu aku maklumi jawapanku hanya akan masuk telinga kanan keluar ke telinga kiri. Amat bahaya mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang marak. Detik waktu yang kita habiskan bersama ingin kusuarakan. Namun lidahku kelu. Aku juga tidak mampu untuk mengutarakannya. Bimbang renggangnya hubungan yang baru dibina.

Hanya di dalam marsum ini peluang akhirku. Dan aku amat berharap kau mengerti. Aku tidak ingin mengkhianati amanah ibumu. Jauh sekali menyulam persahabatan palsu denganmu.

Dr. Shah,

Walau bagaimana perbuatan ayahmu terhadapmu, dia tetap patut dan layak kau hormati. Sedarilah satu perkara yang telah lama kau lupakan. Dia ayahmu yang menyebabkan kewujudanmu ke buana ini. Buruk atau bagaimana keadaannya dia tetap darah dagingmu. Maafkan sahaja dirinya kerana Islam mengajar sebegitu. Bukanlah seseorang itu kuat dan gagah apabila dia dapat menewaskan lawannya. Tetapi mereka itu adalah insane yang mampu menahan diri dari nafsu amarahnya.

Benar katamu ‘ar-rijal qawwamu a’la an-nisa’. Kaum lelaki adalah pimpinan dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. Namun itu bukanlah hujah apabila kebenaran terbukti. Kaummu lah yang berperanan meluruskannya. Andai Adam terlalu keras dalam melenturnya pastinya ia akan patah. Dan andai adam meninggalkannya terus dia akan tetap begitu. Terus bengkok. Lantaran adam dikurniakan Sembilan akal dan satu nafsu berbanding hawa hanya satu akal dan sembilan nafsu. Tentu sahaja kaummu layak dan kuat berbanding hawa. Lantaran itu juga kaummu amat perlu membimbing hawa dalam banyak perkara. Jangan hairan atau pelik apabila hawa lebih emosional berbanding kaummu.

Hawa dijadikan dari rusuk Adam. Bukan dari kepala sebagai atasan. Bukan juga dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi. Dekat dengan hati untuk didik dan dikasihi.

Demikian hawa dijadikan Khaliq menjadi sayap kiri Adam. Tanpa hawa dunia terasa sempit dan tidak seronok didiami. Nabi Adam pernah gundah hidup keseorangan di dalam syurga yang indah. .. Lalu Khaliq kurniakan hawa mengisi kekosongan jiwa. Tanpa permaisuri siapalah adam yang menjadi raja. Tanpa isteri siapalah adam yang bergelar suami.

Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasulullah tidak mendapat dorongan yang amat diperluan untuk terus bangkit berpegang teguh kepada keyakinannya dalam menyebarkan Islam. Tanpa Aisyah barangkali banyak hadis Rasulullah tidak diketahui umat seluruhnya. Tanpa Siti Fatimah barangkali Ali tidak muncul sebagai menantu kesayangan Nabi. Tanpa Asiah barangkali Nabi Musa tidak terbela dalam menentang Firaun durjana. Tanpa Masyitah dan Sumayyah barangkali tiada terbukti hawa boleh berpegang teguh kepada keimanan biar maut terhampar di hadapan mata. Dan tanpa hawa siapalah adam kerana adam lahir dari perut seorang hawa.

Aku kira kau memahaminya. Lontarkan kesumat dendammu. Terima sahaja kebenaran ini. Kadangkala kita terpaksa mengorbankan hati dan perasaan kita sendiri demi menjaga hati dan perasaan orang lain meskipun kita berada dipihak yang benar. Justeru itu aku berpegang; ‘berkata benarlah walaupun ia pahit’. Maafkan aku andai garisah dan atmamu aku gurisi. Ketahuilah aku menyayangi ukhuwah ini. Andai ditakdirkan aku hidup sekali lagi, izinkan aku menjadi sayap kiri perjuangan dirimu. Maafkan aku buat kesekian kalinya. Hargai ibumu kerana dia juga seorang hawa sepertiku.

Buat akhirnya,

Andai hidup ini punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun, seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Hawa,

Sumayyah bte Muhammad Yasir.

Titisan manik jernih bertakung lama di tubir mata. Lalu tumpah menuruni pipi. Shah sendiri persis tidak percaya. Dia yang dahulu tidak mengenal fungsi air mata kini menangis hanya kerana seorang hawa bernama Sumayyah.

Ketahuilah Wahai Wanita Muslimah

Ketahuilah Wahai Wanita Muslimah..........

Perhiasanmu bukanlah emas atau perak
Tetapi dua rakaat menjelang subuh
Dahagamu di tengah hari yang panas kerana berpuasa kepada Allah
Sedelah yang tersembunyo yang hanya diketahui oleh Allah SWT
Air mata taubat
Sujud Panjang di hamparan sejadah
Dan malu kepada Allah ketika terdorong nafsu bisikan syaitan.........
Anas bin Malik r.a berkata : Nabi SAW bersabda :
"Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga."

LeLAki sOleh JaDi REbUTan

Kaum lelaki adalah pimpinan dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.

Jika ditanya pada gadis-gadis, cirri-ciri lelaki bagaimana menjadi pilihan mereka? Dengan senang hati mereka menjawab; lelaki yang beriman dan soleh.

Tak kiralah walau pun mereka sendiri pun seorang yang moden dan bebas pergaulan. Alasannya, agar dapat membimbing mereka ke jalan uang diredai oleh Allah. Jadi, siapa sebenarnya lelaki soleh dalam erti kata yang sebenarnya?

Secara keseluruhan, lelaki soleh didefinasikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersiah dari segi zahir dan batin. Lelaki soleh juga mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang akan mendorong ke arah maksiat. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun di mana sahaja mereka berada pada bila-bila masa.

Sungguh pun begitu, kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata-mata. Ini adalah kerana ia berkait rapat dengan factor akidah dan keyakinan. Begitu juga, factor kepada siapa dia menyerahkan segala keyakinan dan ketaatan.

Tauhid merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus dipelihara kerana apabila tauhid betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila jelas kepada siapa kita memberikan keyakinan dan ketaatan barulah tauhid akan menjadi kenyataan. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap inndividu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cota dan jalan hidup seseorang itu.

ANTARA KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS…..

1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

2. Jihad fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hiddupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah S.W.T dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Biasa melakukan solatsolat sunat pada waktu malam.

11. Tawakal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepadaNya

12. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwah di antara mereka.

13. Berpegang kuat pada amanah, janji dan kerahsiaan.

tElaTah MereKA





=) ni keluarga Ayang ana. Maksud ana ni keluarga makcik ana. Makcik ana, ana panggil Ayang dan suami dia pulak ana panggil Papa. Family ana ni xdak panggil mak usu ke, mak ndak ke n apa-apa lah. Ni baru family pertama yang ana nak introduce. Ada lagi. Makcik ana ada 5 orang anak. Along (baju Melayu biru), Cik Nyah (baju kebarung coklat), abang cik (baju Melayu hijau), iqah (baju kurung biru) n adik (yang kecik tu). Pakcik ana xde time ni koz die sibuk g beraya. Nak tgk pic die, ad jer. Yang tu lah pakcik ana. Macam manager coklat plak ana tengok =) Family mak cik ana ni sempoi jer. Sporting pun sporting. Layan je sumer. Tambah-tambah along ana. Bahasa org skrg poyo. =) Suka jer pekena kan orang. Dia student PUO gak. Tapi dah habis. Sekarang merantau lah cari kerja. Cik Nyah plak kerja kat Hospital kat JB. Tapi ana xtau lah plak namany apa. Dengar citer taun depan nak kawin. =) InsyaAllah, ameen. Tapi pape pon tunggu ana habis blaja ekh. Senang skit ^_*. Akak sedara ana nih dolu2 sonyap ja, tapi semenjak jadi staff nurse bising plak dah mulut die ('',). Abang Cik plak sebaya ana act. Skang amek degree kat UiTM. Tuh nak jadik peguam tuh. Ye la kot dah amek kos law. Dia nh sonyap ja, tapi skali mengamuk adooii. Iqah tuh adik sedara ana. Skang nh tengah tunggu result SPM. Tapi dak nampak pon mcm org umo 18 taun. Dia nih adei macam2 peel. =) Yg kecik skali tu lagi lah, klu suh bercakap no 1. Ada je jawabnya. Die skang darjah 4 kot. Xsilap ana lah. Apa lagi ekh ana nak citer. Hmm, tadi rs mcm nak citer macam2 tapi skang dh xde la plak. Tape2 nnti bl ad crita terbaru ana add je lah..... Ni pun, saja nak menaip2. So, tulis je lah pape yang ana nak merepek kat sini. Tak paham pun buat2 lah paham. =)


Ni plak family makcik ana gak. Kira semua family nih, family adik ma kana. Ma kana perempuan sulung. Nampak anak mak cik ana nih macam 10 orang je kan =) Sebenarnya anak mak cik ana ni 6 orang je. Tapi sebab semuanya kecik2 macam ramailah. Isk3 lupa plak. Ana panggil mak cik ana ni Nono. Mesti antum semua plik kan mana datang nye nama Nono tu. Act, nama tu datang dari nama mak cik ana iaitu Noreshah. Kira mcm ank2 sedara dia nh panggil nama je lah =) Teruk betui kan kami nih. Along ana lah. Masa kecik2 die yang stat panggil nama tu, so yang len ikut je lah. Husband die plak kami panggil Cik Yunos. Mak cik ana ni klu datang umah die mesti ada makanan Western punyalah. Family depa nih lah yang ajar ana makan Western food nh. Yang konpem ada mesti Spagheti. Husband die dolu2 blajar kt ngera org, tulah pandai masak Western2 nh.

Ni la ank sulung mak cik ana. Sweet je kan pakai tudung. Farhah namanya. Tapi sian gak kat budak nih. Yolah duk kat KL, member2nya vogue2 belaka. Riso gak ana kat adik sedara ana nih. Harap2 lah kuat imannya. Die skang darjah 6. Kira nak UPSR lah. Rajin budaknya. =) mana taknye, kena jaga adik2 dia 5 orang. Kadang2 ana tengok macam dia plak mak nye. Kecik2 lagik dah masak tau. Yelah, klu ibu die bz adik2 nak makan kena lah kakak nye buat. Fuhh, memang ana respect. Anak masa kecik2 dulu goyang kaki je. G dapur pun tak. Hmm, skrg pon mcm lebih kurang sama je =) Tgk kurus je dak nih, kurang kasih sayang kot. =) Pape pon, baik budaknye. So klu nak, boleh lak cop dulu. =)

Ni ank kedua mak cik ana. Skang darjah 4. Jauhar nih adei degil gak le. Kata adik ana kena bantai baru nak dengar. Adei. Tapi die Har ni memang gile tengok Cartoon n Discovery Channel. Klu die dah tengok tv, orang lain memang konpem tak boleh kacau. Die ni hobinya melukis. Nak jadi macam ayah die jugak kot. Arkitek!. N lagi satu yang menariknya budak ni suka baca buku Fiksyen macam cerita tentang Dinasour. Waduh2. Mantap tul pemikiran dak nih. Dia nih pemalu skit. Tapi skit jelah. Lagi satu dak nih klu tak dapat satu benda merajuk. Ades =)

Haa ni lagi satu hero, yg pakai spek nh. Adei, ni banyak main punya budak. Main game no satu. Klu jumpa ana suka sangat mengayat. Buat-buat baik dengan ana, lepas tu mintak laptop n handphone nak main game. Kureng tol! Tapi bes lah layan budak2 nih. Hepy jerk. Budak nih berlagak macho betui. Adei. Jumpa orang buat2 lah hebat. X sedar baru darjah 2. Isk3. Hazim perasan! Tapi yang ana suka dengan si hazim ni, dia nh rajin betul solat. Kecik2 die memang suka. Moga2 dapat2 jadi kekal sampai besar nanti. Ameen
Ni lagi sorang. Che Umairah. Depa ni bapak die sesuka hati je letak nama anak die. Maksud ana, setengah family semua ank mesti depan ada Nur o Pangkal nama depan mesti sama. Macam anak2 makcik ana ni, sesuka ati n sesedap rasa je depa nak letak nama anak depa apa. Tapi ada lah maksudnya ye. Die nih manja. Bukan orang yang manjakan die. Die yang suka memanjakan diri sendiri. Ana dak laying sgt org manja2 nh =). Sbb tu die nh jarang dgn ana. *_^. Die slalu memanjakan diri dengan adik2 ana, Iqah n Cik Nyah. Along n Abang Cik pun ad gak. Minah ni kuat bergaya gak. Tukar baju dalam sehari. Adih. Penat3. Skang baru masuk tadika budak nih. Kecik jugak lah. Dulu budak nih ganas jugak. Masa kkecik2. Bila orang tanya nama siapa? Ada ker die jawab Muhammad Umairah. N lagi satu orang tanya kamu lelaki ke perempuan ada ke katanya laki. Aha, macam2 tol. Tapi tu dulu lah. Skrg dah ayu. =)

San San YaYa

Depa tu kembar tak seiras. Yaya dan San San o nama sebenarnya Qamariah n Insan. =) Sapa stat panggil ana pon xtau. Adik2 ana kot. Bab posing no satu. Qamariah nih lahir dulu dari Insan. Kalau antum tgk, yang Insan tuh nampak muka manja n mengada2nya. =) Yang Qamariah nih ganaz skit. Mana tak nye, atas dia laki. So, die pun geng dengan laki-laki lah. Tapi bab mekap2 nak jugak minah ni. Adei, macam2 daa. Banyak je citer pasai depa nh. Nanti2 ana citer lagik.

Ni plak keluarga dik bongsu mak ana. Yang ni ana panggil mak cik ana >>> Achik. Husband die ana panggil Achik Tab. =) Plik kan. Tapi betul lah. Ana nih klu x citer bab makan xsah. Ana suka mak cik ana ni masak Lontong, Soto n asam pedas. Kura makcik ana nih terror lah masak makanan belah2 Johor nih koz husband die org Johor. Family mak cik ana nih sorang je heronya. Yang lagi 5 orang semuanya anak dara. So, xdak lah nakal. Baik2 je sumernye. Control ayu jer sumernye =) Cam budak2 pempuan yang lain lah. Suka bergaya, bergosip n many more. Tulah, macam2 lah depa nih. Achik ana ni lembut je orangnya. Tapi klu die mengamuk, takut gak =) Oklah. Mak cik ana duk kat Subang Jaya seksyen baper idak le ana tahu. Haa, lupa plak nak perkenalkan anak2 mak cik ana ni. Kot2 ada yang berkenan ke. Depa ni muka semua cam belah orang Johor ala2 cina skit. Mata semua sepet je. Yang sulung belah kiri skali (Kautsar), yang kedua belah kanan sekali (Aliah), yang ketiga tengah betui tudung tu (Aishah) >> paling suka melaram dan yang hero sorang tu nombor empat Izhar n yang bongsu skali erkk tetiba je dah lupa. Nanti dah ingat ana gtau ekh.

Tapi, mak cik ana nih baru jugak lah delivered baby. Tapi ana pun lupa gak pe namanya. Adeii. Ttruk betul kakak sedara dia nh. Tape-tape, nanti2lah ana gtau. Tapi masa an tgk baby girl nih, muka die xmacam org Johor. macam orang Perak je =)





Wednesday, January 27, 2010

aKu PeNinG

Entah kenapa aku masih tidak bisa menggembirakan dia. Walau telah kucuba. Bukan baru kali ini, tapi telah bertahun-tahun lamanya. Dan selama itu jugalah aku merasakan betapa bodohnya diri ini. Sungguh, aku telah cuba yang terbaik. Namun setiap yang aku lakukan tidak ada satu pun yang kena di matanya. Kadang-kadang ada sahaja perasaan putus asa dalam aku ingin membahagiakan dia. Setiap kali itu jugalah aku mengingatkan kata-kata ini yang sering membangkitkan semangat aku "Keredaan ibubapa adalah keredaan Allah". Kata-kata itulah yang sering membuatkan aku akan terus berusaha walau mungkin seribu tahun lagi untuk dia mengatakan bahawa "Mummy bangga mempunyai anak seperti kamu". Tapi kini, telah 23 tahun aku mencuba dan aku masih gagal. Kadand-kadang aku terfikir adakah aku ini tidak layak untuk membahagia, menggembira dan membanggakan dia. Kerna apa aku mengatakan sedemikian?? Kerna dari dulu hingga kini hanya kata-kata ini yang dihamburkannya padaku.......
"Kamu ni selalu memalukan aku. Anak derhakaaaa. Pergi mampuslah kamuu. Menyusahkan akuuu. Anak yang tak faham aku. " dan banyak lagi. Hancur luluh hati ini. Berderai air mata. Aku sentiasa cuba untuk memahaminya. Tapi nampaknya kondusi yang aku hadapi sekarang ini menunjukkan yang aku ini tidak langsung bernilai di matanya. Mummy ingin aku nyatakan di sini... Agar satu saat nanti kau tahu yang aku amat menyintaimu.. yang selama ini aku berbangga mempunyai ibu sepertimu.. Kau permata yang bernilai dalam hidupku.. Ketahuilah mummy, sepanjang hayatku aku tidak pernah cuba untuk meminggirkan mu atau membuat kau berasa tidak senang dengan kehadiranku.. Aku tahu mummy terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan dalam membesarkan aku.. Terlalu banyak cacian dan makian yang kau terima dalm mempertahankan hak dan diriku.. Kau bekerja siang dan malam dalam membela nasib diriku.. Tak pernah kau membuatkan aku berasa kehilangan kasih seorang ayah.. Kau sentiasa mencukupiku.. Cuma aku.. Ya aku yang gagal menjadi anak yang sejuk mata kau memandangnya.. Aku sahaja yang tidak pernah membuatkan kau mengalir air mata gembira.. Apa yang telah aku lakukan hanya membuatkan kau menangis, menderita dan merasakan yang dari awal lagi kau patut membuangku jauh dari hidupmu.. Tapi mummy bukan itu inginku.. Aku telah cuba dan sentiasa cuba namun aku masih gagal.. Mummy tahukah kau? Aku sering mendoakan pada Yang Esa agar Dia menjauhkan aku darimu agar diri ini lebih menghargaimu.. Agar diri ini tidak akan membuatkan kau bersedih hati.. Kerna kata orang, bila jauh seseorang dari kita, baru kita mengetahui betapa pentingnya dia dalam hidup kita.. Bukan niatku ingin pergi jauh darimu kerana aku tahu aku tidak mungkin dapat hidup tanpa kau disisi. Siapakah yang aku menjagaku ketika ku sakit, yang akan memasakkan makanan kegemaranku, yang akan sentiasa mendengar celotehku.. Namun mummy, andai ini yang terbaik buat ku, aku reda. Reda untuk aku pergi jauh darimu.. Moga dengan jarak jauh ini aku bisa membahagiakanmu.. Tapi Allah masih biarkan aku sentiasa berada disampingmu hingga kini.. Dan selama itu juga kita sama-sama menderita bukan? Mummy menderita kerana aku tidak pernah menjadi anak yang baik buatmu.. Dan aku juga turut menderita kerana aku masih gagal menjadi yang terbaik buatmu.. Kita merancang Allah juga merancang tapi bukankah perancangan Allah itu yang terbaik.. Mungkin inilah hikmahnya kenapa Dia tidak pernah membiarkan jarak memisahkan kita.. Kerna satu waktu aku pergi darimu, aku akan pergi buat selama-lamanya.. Dan saat itu, segala penderitaan mu akan berakhir.. Tapi maafkan aku mummy kerana aku tidak pernah dapat membalas segala pengorbanan yang kau lakukan buatku.. Satu aku mohon mummy, redakanlah aku kerana aku ingin sekali mendapat keredaan Allah. Setiap yang aku lakukan adalah kerana aku terlalu ingin mendapatkan keredaan Khaliqku. Mummy aku sentiasa berdoa agar aku bisa menjadi anak solehah buatmu.. Moga diri ini dapat menjadi anak yang solehah buatmu.. Ya Allah, andai diriku layak ke syurgaMu, aku mohon agar ibuku turut serta kerna dia aku mengenal segalanya................

Tuesday, January 26, 2010

kata-kata ulama

IMAM ABU HANIFAH - Roti sepotong, air segelas dan kain selembar yang diperolehi dengan jalan halal, lebih baik daripada hidup mewah yang kemudian menjadi penyesalan.

IMAM MALIK - Ulama itu adalah pelita dari zamannya.

IMAM SYAFIE - Aku cinta kepada orang-orang soleh padahal aku bukan termasuk dari golongan mereka. Barangkali aku boleh mendapat syafaat dari mereka. Aku benci orang-orang yang perdagangannya adalah maksiat-maksiat kepada Allah SWT walaupun barangan dagangan kita sama.

IMAM AHMAD BIN HAMBAL - Manusia berkehendak kepada ilmu umpama ia berkehendak kepada roti dan air.

IMAM BUKHARI - Wahai Allah, kiranya dunia yang luas ini telah sempit bagiku maka kembalikanlah nyawaku ini ke hadiratMu.

IMAM MUSLIM - Saya tidak pernah meletakkan sesuatu melainkan dengan hujah atau meninggalkan sesuatu melainkan dengan hujah pula.

IMAM ABU DAUD - Aku tidak mengetahui selain al-Quran masih ada kitab yang lebih layak untuk dipelajari oleh orang ramai selain kitabku ini, iaitu Sunan Abu Daud.

IBNU SIRIN - Kerana pada masa-masa seperti sekarang inilah manusia lupa kepada Allah.

SUFYAN BIN UYAINAH - Warak adalah keinginan untuk mendalami ilmu agama yang menjadi sarana untuk mengenal selok-belok warak. Sebahagian orang menganggap sikap warak tercermin pada sikap diam di dalam waktu yang lama dan sedikit bicara padahal tidak demikian. Menurut kami, sesungguhnya orang yang berbicara lagi alim itu lebih afdhal dan lebih warak dibandingkan dengan lelaki yang jahil lagi diam.

- Perumpamaan ilmu adalah bagaikan negeri kufur atas negeri Islam. Apabila penganut Islam meninggalkan jihad, nescaya orang-orang kafir akan datang dan mengambil Islam. Jika orang-orang meninggalkan ilmu, maka mereka menjadi manusia-manusia bodoh. Tentang pentingnya menyampaikan ilmu yang sudah diketahui, dia berkata : "Tidaklah disebut (sebagai) alim orang yang m,engetahui kebenaran dan kejelakan. Tetapi orang alim sejati ialah orang yang mengetahui kebenaran dan kejelekan. Tetapi orang alim sejati ialahorang yang mengetahui kebaikan dan mengikutinya, serta mengetahui kejelekan dan menjauhinya."

SAYYIDAH NAFISAH - Al-Sakhawi bercerita : "Ketika Sayyidah Nafisah merasakan ajalnya sudah dekat, beliau menulis surat wasiat untuk suaminya dan menggali kuburnya sendiri di rumahnya. Kubur yang digalinya itu ialah untuk beliau turun ke liang kubur itu, memperbanyakkan solat dan mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 109 kali. Jika tidak mampu berdiri, beliau akan solat duduk, memperbanyakkan tasbih dan menangis. Ketika sudah sampai ajalnya dan beliau sampai pada ayat : "Bagi mereka

ku damba kasihmu ya RABB...