Saturday, January 23, 2010

AKU adalah AKU

Entah kenapa terdetik hati untuk melakarkan sesuatu agar nota ini bisa memberi sesuatu buat pembacanya. InsyaAllah. Bertudung labuh? Perkara yang paling aku impikan semenjak aku sekolah rendah lagi. Sentiasa memasang niat untuk memakainya. Dan niat itu sentiasa terlintas di fikiran. Takdir Allah, aku sentiasa ingin memakai tudung. Malah sejak tadika lagi aku sudah mula belajar memakai tudung. Saat itu aku telah merasa indahnya bertudung. Apabila aku menginjak ke sekolah rendah, aku masih tetap memakai tudung. Walaupun sewaktu itu aku memakainya dengan perlaksanaan on-off. Tapi kebiasaannya, aku akan memakai tudung. Sewaktu berusia 12 tahun, aku bertekad ingin terus mengenakan tudung bila sahaja kaki ini melangkah ke luar rumah walaupun selangkah. Permulaannya, hanya Allah yang mengetahui bagaimana diri ini diuji. Seringkali kedengaran ejekan dan kata-kata yang menyakitkan hati. Namun, alhamdulillah Allah sentiasa memberi kekuatan. Pernah juga pabila aku meningkat ke awal persekolan menengah, aku mencuba untuk memakai stoking. Namun itu juga menjadi satu isu hinggakan aku dikatakan sebagai orang yang over. Manakan tidak aku dimarahi kerana meminta tunggu sebentar sebelum aku menghantar barangan ke sebuah rumah jiranku yang hanya 10langkah dari rumahku. Ketika aku berada di sekolah menengah, aku sentiasa terfikir. Bagaimanakah perasaan makku ya jikalau aku menanggalkan tudung. Adakah dia akan marah atau membiarkan sahaja seperti sesetengah ibubapa rakan-rakanku. Jawapannya tidak pernah aku ketahui kerana aku telah memilih untuk memakai tudung selamanya dalam apa jua situasi. InsyaAllah.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Aku masih gagal untuk mencapai impian dalam memakai tudung labuh. Hajat di hati masih belum kesampaian lantaran diri merasakan tidak mempunyai kekuatan dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan agama yang mencukupi. Kuasa Allah sesuatu berlaku. Pada hari peperiksaan SPM, aku mengenakan tudung labuh. Ya tudung labuh lantaran aku tidak mempunyai tudung yang baru dan bersih untuk memakai pada hari peperiksaan. Aku meneruskan tekad. Perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu. Aku tidak peduli tentang kata-kata rakan-rakanku. Namun pemakaian tudung labuh tersebut hanya bertahan sehingga aku habis peperiksaan SPM.

Namun satu peristiwa yang berlaku telah membulatkan tekad aku. Namun bukan tekad dalam memakai tudung labuh, tetapi ialah tekad untuk aku menutup aurat dengan saudara-saudara terdekat kerana tidak pernah dalam keluargaku yang melakukannya lagi.

Peristiwa ini berlaku di kampung pada cuti persekolahan. Aku mempunyai seorang saudara yang berumur 12tahun yang sudah menutup auratnya. Walaupun bersama keluarga terdekat, dia tetap memakai tudungnya dan ketika itu hanya dia yang melakukannya. Lantas, seorang adik saudara aku yang berumur 4 tahun bertanyakan hal tersebut. “Hmmm, akakkk.. Kenapa cuma Ina je yang pakai tudung? Kenapa akak tak pakai?”. Aku memandangnya dan hanya tersenyum.Ya Allah perasaan aku ketika itu hanya Allah yang tahu. Malunya aku pada kanak-kanak tersebut walaupun dia tidak mengetahui dosa dan pahala.

Akhirnya, aku bertekad untuk memakai tudung. Sebelum aku melaksanakannya, aku bertanya pada ustazahku. “Ustazah saya ingin memakai tudung bila berada dengan sepupu. Hmmm, ustazah rasa saya boleh buat tak?”. Lantas ustazah aku menjawab “Boleh insyaAllah. Ustazah yakin kamu boleh buat”. Lantas aku meneruskan niat memakai tudung. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih buat ustazah juga.

Pada mulanya aku berasa takut dan kekok. Alhamdulillah, aku dapat juga melakukannya walaupun terdapat suara-suara sumbing yang kedengaran. Antara kata-kata yang tidak dapat aku lupakan sehinggalah ke hari ini. Berkata seorang saudara lelakiku. “Wey, kamu ni gila ke? Orang pakai tudung kat luar rumah je. Ni kamu bukan takat kat luar rumah tapi masa tidur pun pakai tudung. Orang gila je yang pakai tudung waktu tidur”. Namun aku tetap mendiamkan diri. Beristighfar aku dalam diri. Mohon kekuatan dari Allah. Lantas aku mengingati kata-kata ustazah dahulu yang menjadi wasilah dalam menguatkan diri aku. “Ustazah masa dulu-dulu mula pakai tudung, saudara ustazah kata ustazah ni pencuri sebab boleh sorok barang dalam tudung”. Ya Allah hebatnya dugaan ustazah dalam melaksanakan syariat Allah. Kalau ustazah boleh mengatasinya pasti aku pun boleh. Alhamdulillah walaupun deraian air mata membasahi mataku. Ini adalah cintaku untuk Ya Rabb.

Namun kata-kata tersebut tetap berterusan…… “Hmm,ni baru belajar macam ni, kalau dah belajar kat Mesir tak taulah jadi macam mana”. “Eleh macam ni, khatam al-Quran pun tak habis beria nak pakai macam ni”. “Pakai je macam ni, tapi tentang Wali Songor pun tak tahu”. “Ai, kamu kan hebat takkan ayat yang mudah ni pun kamu tak tahu?”

Ya Allah, macam-macam ejekan, carcian, kehinaan aku terima. Sungguh, kadang-kadang aku tak termampu lagi. Tidak tahukah mereka aku adalah hamba yang penuh hina dan lemah? Mengapa perlu mereka pertikaikan dengan pemakaian yang telah aku pakaikan pada diriku? Aku mengetahui diri ini terlalu banyak dosa dan noda. Justeru, aku ingin melakukan yang terbaik dalam melaksanakan syariat Allah kerana aku yakin aku mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.

Aku tetap meneruskan perjuangan aku dalam menutup aurat. Teringat kata-kataku kepada kawan ku ketika aku berada di pusat tuisyen bersamanya. “Wey, aku teringin sangat nak pakai tudung labuh, ko doakan aku ye moga aku diberikan kekuatan”.

Namun aku masih belum bisa mencapainya. Pernah suatu hari aku mengatakan pada saudaraku apabila ku memikirkan tentang pemakaian tudung labuh. Saat itu fikiran aku sedikit tergugat lantaran aku terlalu memikirkan aku yang penuh dosa dan noda jika ingin memakai tudung labuh. Layakkah aku? “ Mmm aku rasakan aku tak sesuailah pakai tudung labuh. Rasa macam bukan diri aku. Hmmm, pe pendapat ko?. “Hmm, aku pun rasa cam tu gak Ira. Ko tak yah la pakai tudung labuh-labuh ni. Pakai macam biasa dah la. Lagi pun ko muda lagi kan. Kalau nak pakai pun, tunggulah ko tua pastu baru lah pakai.” Begitulah kata saudara perempuanku tatkala aku meminta pandangannya. Namun Allah lebih tahu segalanya. Aku turut bertanyakan kepada sahabat ku. Dan jawapan yang ckup menjadi wasilah dalma perubahan ku tatkala itu. “ Ira, ko Cuma nak pakai tudung labuh je. Ko tak perlukan masa. Ko bukan tak pernah pakai tudung. Ko dah pakai Cuma nak labuh sikit je. Tak [perlu tunggu lama-lama. Buat je. Biarlah apa orang nak kata. Nanti time kenduri ko, aku nk tengok ko tutup aurat dengan sempurna”. Terima kasih sahabat.

Takdir Allah aku mempunyai kekuatan untuk memakai tudung labuh akhirnya. Apabila keputusan aku untuk menyambung pengajian ke peringkat IPTA aku menanam niat untuk memulakan pemakaian tudung labuh aku. Aku mengajak sahabatku untuk menemaniku. Dan kini aku masih berterima kasih padanya kerana telah memilih tudung bidang 60 yang bersesuaian dengan diriku.

Tahun berlalu dan alhamdulillah aku masih mempunyai kekuatan memakai tudung labuh. Namun aku masih juga diuji. Masih terdapat suara-suara ketidakpuasan dalam diri kebanyakan saudaraku aku kira. “Kamu ni pakai tudung macam ni kenapa?”. “Cubalah bergaya sikit, ni nampak macam orang tua je”. “Ish kamu ni. Tak payahlah pakai tudunglabuh-labuh macam ni bila denga sedara, pakai macam biasa dah lah”. “Kamu jangan pakai tudung labuh sangat nanti orang tak nak ambil kamu kerja”. “Kamu pakai tudung labuh-labuh ni ada ke orang nak kat kamu?”.

Ya Allah aku melakukan ini semua keranaMu. Aku tidak kisah pandangan manusia kerana aku mengetahui hanya Kau yang layak menganjarkan pahala bukan manusia itu. Dan aku pernah melahirkan rasa hatiku pada emakku. “Mak, Ira pakai macam ni ada sebabnya. Bila Ira pakai macam ni Ira rasa selamat, rasa dilindungi. Mak nak tahu sebab apa Ira cakap macam ni? Bila Ira keluar dengan memakai jaket, akan kedengaran suara-suara nakal. Namun jika Ira tidak memakai sweater dan orang yang melihat Ira nampak Ira adalah seorang wanita yang bertudung labuh, tiada langsung kedengaran siulan atau kata-kata usikan. Ira rasa selamat macam ni mak. Dan mak, Ira tak pernah rasa tenang macam ni. Ira dapat rasa Ira dekat sangat dengan Allah. Ira dapat rasa hidup Ira lebih terarah dan tersusun. Segala urusan dipermudahkan”. Sungguh, itulah yang aku rasa tatkala aku bertudung labuh.

Lebih kurang setahun aku tetap bertudung labuh, namun aku masih gagal untuk menghilangkan suara-suara yang menyakitkan aku. Lantas, sungguh tak kuduga aku tewas. Kerana aku sudah tidak tahan dengan kata-kata saudaraku, aku mengubah penampilanku. Aku masih memakai tudung bidang 60, namun ku ubah gayanya dengan melilitkan tudung tersebut dan kukecilkan sedikit agar nampak kemas. Dan tidak terlalu labuh seperti yang sering ku pakai ketika dulu. Dan hasilnya semua memujiku. “Haa Ira, macam ni baru ok. Nampak cantik, muda. Ni tak macam orang dah beranak jer.” Mulutku mengukirkan senyuman, namun derita hatiku hanya Allah yang tahu. Tatkala itu aku merasakn aku terlalu jauh dari Allah. Aku seperti orang yang kebingungan. Tanpa arah tuju. Aku seperti tiada nilai. Malah aku turut mengenakan tudung kecil dan ku tutupkan dengan sweaterku. Aku menjadi seperti orang lain.

Ternyata, pemakaian tersebut tidak bertahan lama kerana aku terlalu merasakan kekosongan dalam jiwaku. Lantas aku mengambil kesempatan untuk menjadi seperti dahulu. Kini aku berrtekad walau apa pun terjadi aku tidak akan mengubah penampilanku. Kata-kata ini sering berbicara dengan diriku sehingga menyebabkan aku benar-benar takut andai ini yang menimpa diriku. “Ira, setiap kali ko tersungkur, kau jauh dari Allah, Allah tarik ko balik. Allah tunjuk ko jalan yang benar. Allah beri petunjuk. Macam mana kalau satu hari nanti Allah terus membiarkan kau berada dalam kesesatan dan kejahilan uuntuk selamanya. Sanggupkah kau?”. Aku terdiam dan terpaku. Sungguh aku tidak mahu perkara tersebut berulang lagi. Aku pernah merasakan kehilangan Allah pada diriku. Jiwa ini kosong seperti tak bernyawa. Aku seperti orang yang hilang arah. Aku dapat rasakan saat itu Allah bukan sahaja jauh dari aku tetapi memandang aku pun tak sudi apatah lagi ingin mendengar rintihan hatiku. Aku tidak sanggup. Sungguh aku benar-benar akan jadi terbiar. Aku tak mahu ia berulang lagi. Tidak sama sekali. Aku bertekad, walau ap jadi aku tetap akn terus dengan penampilan begini. Biarlah aku yang bisa merubah persekitaran dan bukanlah persekitaran yang bisa merubah aku.

Dan kini aku tetap dengan pendirianku. Namun siapalah aku untuk menolak ujian yang Allah beri dalam menguji keimanan hamba-hambanya. Ada seorang aunty menegur aku. “Ira, u pakai tudung bukan hanya tutup dada, tapi u tutup sekali u punya belakang. Lagi satu, u sudah pakai lengan panjang tapi u still lagi pakai sarunng tangan. Cubalah bergaya sikit.” Hmm, aku hanya tersenyum kerana aku telah jatuh cinta pada kuasa tudung yang bisa mendekatkan diri aku pada Penciptaku Yang Satu. Kata-katanya ku biar berlalu seperti angin yang hanya menyapa untuk memberitahu ku ini adalah ujian dari Allah sebagai tanda sayangNya padaku……………..

0 comments:

Post a Comment

ku damba kasihmu ya RABB...