Wednesday, January 27, 2010

aKu PeNinG

Entah kenapa aku masih tidak bisa menggembirakan dia. Walau telah kucuba. Bukan baru kali ini, tapi telah bertahun-tahun lamanya. Dan selama itu jugalah aku merasakan betapa bodohnya diri ini. Sungguh, aku telah cuba yang terbaik. Namun setiap yang aku lakukan tidak ada satu pun yang kena di matanya. Kadang-kadang ada sahaja perasaan putus asa dalam aku ingin membahagiakan dia. Setiap kali itu jugalah aku mengingatkan kata-kata ini yang sering membangkitkan semangat aku "Keredaan ibubapa adalah keredaan Allah". Kata-kata itulah yang sering membuatkan aku akan terus berusaha walau mungkin seribu tahun lagi untuk dia mengatakan bahawa "Mummy bangga mempunyai anak seperti kamu". Tapi kini, telah 23 tahun aku mencuba dan aku masih gagal. Kadand-kadang aku terfikir adakah aku ini tidak layak untuk membahagia, menggembira dan membanggakan dia. Kerna apa aku mengatakan sedemikian?? Kerna dari dulu hingga kini hanya kata-kata ini yang dihamburkannya padaku.......
"Kamu ni selalu memalukan aku. Anak derhakaaaa. Pergi mampuslah kamuu. Menyusahkan akuuu. Anak yang tak faham aku. " dan banyak lagi. Hancur luluh hati ini. Berderai air mata. Aku sentiasa cuba untuk memahaminya. Tapi nampaknya kondusi yang aku hadapi sekarang ini menunjukkan yang aku ini tidak langsung bernilai di matanya. Mummy ingin aku nyatakan di sini... Agar satu saat nanti kau tahu yang aku amat menyintaimu.. yang selama ini aku berbangga mempunyai ibu sepertimu.. Kau permata yang bernilai dalam hidupku.. Ketahuilah mummy, sepanjang hayatku aku tidak pernah cuba untuk meminggirkan mu atau membuat kau berasa tidak senang dengan kehadiranku.. Aku tahu mummy terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan dalam membesarkan aku.. Terlalu banyak cacian dan makian yang kau terima dalm mempertahankan hak dan diriku.. Kau bekerja siang dan malam dalam membela nasib diriku.. Tak pernah kau membuatkan aku berasa kehilangan kasih seorang ayah.. Kau sentiasa mencukupiku.. Cuma aku.. Ya aku yang gagal menjadi anak yang sejuk mata kau memandangnya.. Aku sahaja yang tidak pernah membuatkan kau mengalir air mata gembira.. Apa yang telah aku lakukan hanya membuatkan kau menangis, menderita dan merasakan yang dari awal lagi kau patut membuangku jauh dari hidupmu.. Tapi mummy bukan itu inginku.. Aku telah cuba dan sentiasa cuba namun aku masih gagal.. Mummy tahukah kau? Aku sering mendoakan pada Yang Esa agar Dia menjauhkan aku darimu agar diri ini lebih menghargaimu.. Agar diri ini tidak akan membuatkan kau bersedih hati.. Kerna kata orang, bila jauh seseorang dari kita, baru kita mengetahui betapa pentingnya dia dalam hidup kita.. Bukan niatku ingin pergi jauh darimu kerana aku tahu aku tidak mungkin dapat hidup tanpa kau disisi. Siapakah yang aku menjagaku ketika ku sakit, yang akan memasakkan makanan kegemaranku, yang akan sentiasa mendengar celotehku.. Namun mummy, andai ini yang terbaik buat ku, aku reda. Reda untuk aku pergi jauh darimu.. Moga dengan jarak jauh ini aku bisa membahagiakanmu.. Tapi Allah masih biarkan aku sentiasa berada disampingmu hingga kini.. Dan selama itu juga kita sama-sama menderita bukan? Mummy menderita kerana aku tidak pernah menjadi anak yang baik buatmu.. Dan aku juga turut menderita kerana aku masih gagal menjadi yang terbaik buatmu.. Kita merancang Allah juga merancang tapi bukankah perancangan Allah itu yang terbaik.. Mungkin inilah hikmahnya kenapa Dia tidak pernah membiarkan jarak memisahkan kita.. Kerna satu waktu aku pergi darimu, aku akan pergi buat selama-lamanya.. Dan saat itu, segala penderitaan mu akan berakhir.. Tapi maafkan aku mummy kerana aku tidak pernah dapat membalas segala pengorbanan yang kau lakukan buatku.. Satu aku mohon mummy, redakanlah aku kerana aku ingin sekali mendapat keredaan Allah. Setiap yang aku lakukan adalah kerana aku terlalu ingin mendapatkan keredaan Khaliqku. Mummy aku sentiasa berdoa agar aku bisa menjadi anak solehah buatmu.. Moga diri ini dapat menjadi anak yang solehah buatmu.. Ya Allah, andai diriku layak ke syurgaMu, aku mohon agar ibuku turut serta kerna dia aku mengenal segalanya................

0 comments:

Post a Comment

ku damba kasihmu ya RABB...