Tuesday, January 26, 2010

pERmatA aTau KacA

Seringku terdengar,

Usikan nakal,

Si lelaki pada wanita,

FEUWIT, CUNNYA!

Buatku keliru sendiri,

Apakah ertinya kecantikan wanita,

Di mata lelaki?

Adakah pada susuk tubuh yang menggiurkan?

Atau pada akhlak yang menawan?

Biar apa pun jawapannya,

Aku tetap aku,

Apa yang kutahu,

Aku seorang wanita,

Fitrahku sukakan diri cantik jelita,

Namun bukan kecantikan di mata manusia,

Sebaliknya,

Ku mencari kecantikan yang diiktiraf Tuhan.

Kisah ini menceritakan tentang Aisya Bazella dan Layyinul Harir. Kedua-duanya ialah bunga yang indah tetapi mempunyai nilai yang berbeza. Ikuti kisah mereka untuk dijadikan teladan oleh wanita muslimah.

Aisya Bazella melintasi kawasan lelaki cafeteria. Dia memakai skirt labuh. Bajunya ketat dan singkat, tidak melepasi punggung. Beberapa orang lelaki bersiul kecil. Aisya Bazella menjeling sekilas lalu mengeyit mata. Semakin galak dirinya diusik.

“Hai playgirl. Putih giler lengan dan betis kau dalam majalah”. Kau sapu cat apa? Cat Nippon ke? Tegur Ayie tatkala Aisya Bazella masuk ke dalam kelas. Seperti biasa, semua mata folus pada batang tubuhnya. Bunyi siulan tidak asing lagi kedengaran.

“Oi, jaga mulut tu! Celupar sungguh. Aku kan memang putih menawan. Nak aku tunjuk?”. Aisya Bazella berlagak lalu diselak kain skirt labuhnya tanpa segan silu. Terdedahlah betis gebu bak padi buntingnya.

“Feuwit, fuyoo! Berapa inci cat Nippon kau sapu tu?”. Usik Ayie. Lelaki-lelaki lain juga tidak ketinggalan menikmati pandangan. Aisya Bazella menyumpah seranah.

“Baz, kau makin cunlah,” pujuk Ayie.

“Jangan nak bodek, aku tahu ada makna tersirat tu”.

“Lepas ni kita keluar nak?” Ayie mengenakan perangkap.

“Keluar? Im sorry. Kau tahu kan pakwe aku keliling pinggang. Kalau kau nak keluar dengan aku, buatlah appointment sebulan sebelum itu. Hari ni turn orang lainlah”. Bazella tersenyum sinis. Kawan-kawan Ayie mentertawakan Ayie sebaik sahaja Aisya Bazella menolak mentah-mentah ajakannya. Merah padam muka Ayie. Layyinul Harir beristighfar panjang melihat situasi itu. Hatinya berbisik, “Buat apalah berwajah cantik dan menjadi rebutan kalau menjual pinjaman Allah semurah ini. Ya Allah, insafkanlah Dia!”.

“Err, sis. Ni nota awak. Thanks!” Aisya Bazella menghulurkan nota Layyinul Harir yang dipinjamnya tempoh hari.

“Faham tak tulisan saya?”Layyinul Harir bertanya.

“Entah. Tak sempat nak buka pun nota tu. Busylah.” Balas Aisya Bazella.

“Kasihan awak. Kalau macam tu, ambillah dulu nota saya ni”. Layyinul Harir menawarkan.

“Boleh juga”. Aisya Bazella tersenyum.

“Eh, baiknya awak!”. Ayie menyampuk. Dia tersengih pada gadis yang duduk bersebelahan Aisya Bazella. Layyinul Harir memiliki kecantikan semulajadi. Dari dulu lagi mata keranjang Ayie mencuri-curi pandang Layyinul Harir tetapi tidak berani menefur. Bagi Ayie. Perempuan baik-baik jual mahal, segan jadinya.

“Awak tinggal di mahallah mana? Nanti senang, sya hantar nota awak” tanya Aisya Bazella. Dia menyenangi peribadi Layyinul Harir. Itulah kali pertama dia menggunakan kata ganti nama yang sopan apabila bercakap.

“Mahallah Maryam 3.5B, Al-Buruj,” jawabnya.

“Oh, saya pun tinggal di kolej tu. Kenapa tak pernah nampak pun?” Aisya Bazella semakin ramah.

“Saya ni halimunan kot. Ada atau tak ada, orang sedar pun. Lainlah macam awak, ke mana sja pergi mesti dikenali. Awak kan glamour”.

“Biasalah”. Kembang hidung Aisya Bazella.

“Glamour apa, asyik kena kutuk saja di kolej lelaki. Perempuan jalanglah, kaki discolah, mulut becoklah, nak dengar lagi? Banyak lagi kutukan yang aku dengar” Ayie membongkar. Dia memuntahkan geram apabila gagal meggoda Aisya Bazella. Aisya Bazella mencaci maki Ayie. Layyinul Harir berbisik, “Kalaulah aku dikatakan begitu, boleh demam sebulan. Mesti nangis tak henti-henti. Nau’zubillah!”

“Kutuk macam mana sekalipun, meleleh juga air liur bila tengok aku. Jantan macam kau ni Ayie memang saja nak sakitkan hati aku padahal berebut-rebut dengan jantan lain sebab gilakan aku. Ingat aku tak tau?” sindir Aisya Bazella.

“Eleh, perempuan macam kau, boleh buat sedap mata memandang saja bukannya boleh dibuat bini. Kalau nak cari bini, baik cari yang macam dia tu.” Ayie menunding jari, kea rah Layyinul Harir. Layyinul Harir tersipum alu.

“Perempuan macam dia? Tak ada lelaki pun kenal dia.” Aisya Bazella mudah cemburu melihat wanita lain dipuji dihadapannya.

“Siapa kata? Awak Layyinul Harir kan? Ramai yang syok, Cuma tak berani. Roomate aku, si Malik tu, nak gila asyik sebut nama awak. Tambah-tambah bila wak dah tukar nombor telefon, Malik yang cakap. Malik makin beriman disebabkan awak. Asyik kat tikar sembahyang saja sekarang. Awak mesti jenis tak layan lelaki kan? ” Malik membongkar cerita. Layyinul Harir tertunduk malu. Pipinya merona kemerahan.

“Kalau perempuan macam kau ni Baz, abang cleaner pun berani usik. Ingat lelaki yang suka usik tu syok sangat pada kau, tak ingin pun. Nak main-main saja. Macam bunga dedap liar di tepi jalan, bukan setakat boleh dipetik, nak pijak pun senang, dahlah baunya busuk”. Ayie tersenyum melihat Aisya Bazella mengetap bibir.

“Perempuan macam dia macam bunga mawar di taman larangan. Susah nak petik. Menjadi satu cabaran. Biasanya yang mahal itu mencabar dan sukar untuk dimiliki”. Ayie mendedahkan rahsia lelaki. Terselit juga niat untuk mengenakan Aisya Bazella.

Pupp! Satu tamparan singgah ke pipi Ayie. Aisya Bazella mula meradang. Sekelas berpaling melihat kejadian itu. Ayie mula naik radang. Keegoan seorang lelaki tercabar apabila dimalukanbegitu.

“Oi, Baz! Kalau perempuan macam kau ni dibuat bini, melayang habislah periuk belanga” kutuk Ayie lagi dengan suara yang lebih kuat. Kawan-kawan Ayie mula menggelakkan Aisya Bazella. Merah padam muka Aisya Bazella. Kemarahannya menyala-nyala. Kedengaran nafasnya didengus kencang. Mulut Aisya Bazella tak henti-henti menyumpah seranah.

“Tengoklah tu. Mulut pun celupar. Orang macam ni nak dibuat bini?” Ayie masih mengejek, meluahkan geram yang meluap-luap.

“Eeee,tak nak! Takutlah! Cedera parah nanti”.

“Kerja jadi Mak Guard sesuai ni. Tak pun jadi isteri Pak Guard”.

“Jadi penjaga singa kat zoo pun mungkin dah cukup kriteria”. Suara-suara liar lelaki kedengaran diikuti gelak ketawa.

Ha, ha, ha, ha, ha, ha………

“Dah lah tu. Tak baik cakap macam tu pada seorang perempuan. Hati perempuan lembut, mudah terasa. Saya kenal Baz, dia perempuan yang baik dan berpotensi besar untuk menjadi lebihh baik”. Layyinul Harir memberanikan diri bersuara, cuba membela Aisya Bazella. Layyinul Harir tidak sanggup melihat kaum sejenisnya dihina sedemikian rupa. Aisya Bazella terdiam sambil memandang Layyinul Harir seketika. Begitu juga Ayie.

“Nasib baik ada wak. Kalau tak syaa dah kutuk sepuas hati perempuan jalang ni”. Luah Ayie. Dendamnya pada Aisya Bazella membara sekali.

“Ayie, kau ni muka tak malu. Terhegeh-hegeh nak kan aku, bila tak layan, mulalah tak keruan. Memang kau jenis jantan tak tahu malu”. Aisya Bazella meluahkan api kemarahannya. Diambil beg dan buku-buku. Dia melangkah menninggalkan kelas. Kaki dihentak-hentakkan ke lantai. Ketika itu, pensyarah baru sahaja mula melangkah untuk memasuki kelas, agak lewat setengah jam. Malang tak berbau, Aisya Bazella terlanggar pensyarah di muka pintu.

“Hei, buta ker?” marah Aisya Bazella sambil berlalu pergi. Pensyarah itu terpinga-pinga. Dia kenal anak bangsawan itu, malas mengambil tindakan.

“Perempuan macam ni perempuan baik?” Ayie memandang Layyinul Harir. Layyinul Harir tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Hatinya berzikir.

Layyinul Harir berjaln perlahan-lahan menyusuri tepi sungai berdekatan kompleks sukan. Dia ingin membeli makan malam di cafeteria Mahallah Hafsa sebelum pulang ke Mahallah Maryam. Kafeteris Hafsah terkenal sedap dan murah. Tiba-tiba, seungkap salam diterima. Ayie menunjukkan gaya tabik ketika melintasinya.

“Tak elok jalan seorang hai bunga rebutan”. Sempat Ayie mengungkap. Layyinul Harir mempercepatkan langkah. Ketika di Kafeteria Hafsah dia termenung panjang. Dia banyak belajar tentang hakikat kehidupan. Dirinya yang disangka halimunan selama ini, rupa-rupanya menjadi perhatian dan rebutan dalam naluri ramai lelaki. Sebaliknya, gadis cantik dan terkenal seperti Aisya Bazella pula mudah dihina dan dipermainkan. Kejadian itu membuatkan keazamannya semakin kuat untuk menjaga sahsiah diri. Hanya sahsiah diri dan sifat malu menjadi kemuliaan seorang wanita. Dia tidak mahu tertipu dengan kecantikan dan keindahan yang dimiliki oleh setiap wanita termasuk dirinya. Anugerah itu satu amanah dari Allah untuk dihadiahkan kepada seorang lelaki bernama suami bukannya didedahkan buat santapan semua lelaki, sesuka hati.

“Kasihan Baz” bisik hatinya simpati.

Malang tidak berbau.. Kerana terlalu mengejar dunia semata-mata dan takbur dengan kecantikan yang hanya pinjaman Ilahi, Aisya Bazella telah diperkosa oleh teman lelakinya, Syamsul. Syamsul telah berpakat sengan temannya untuk merakamnya dalam video lucah. Ayei dan sahabat yang lain juga tidak terkecuali telah mendapat video tersebut. Ugutan untuk menyebarkan video jika tidak melayan nafsu temannya telah memerangkap Aisya Bazella. Jalan penyelesain yang difikirkan Aisya Bazella hanya dengan membunuh diri.

“Baz, kami sayang Baz. Allah lagi sayang Baz. Baz tak keseorangan. Baz kena tabah hadapi dugaan ni. Allah sentiasa buka pintu taubat-Nya untuk Baz” pujuk Layyinul harir kemudian menyambung lagi.

“Tenangkan hati, adulah semua ni kepada Allah. Bunuh diri bukan jalan penyelesai masalah, malah bertimbun lagi masalah menanti di alam barzakh. Pilihan terbaik ialah bertaubat dan kembali merebut cinta Allah” Aisya Yusra mengungkap lembut.

“Tentang video tu, Baz jangan bimbang. Nanti kita report polis”. Redup mata Layyinul Harir.

“Baz jangan menangis lagi. Kita hadapi dugaan ini bersama. Baz tak keseorangan. Percayalah Baz, kami sayang Baz”. Pujukan Layyinul Harir itu sedikit sebanyak mengubat luka hatinya. Dipeluknya Layyinul Harir seerat mungkin. Air matanya terus dan terus membanjiri pipi.

“Kita mulakan hidup baru bersama, ya! Baz ada Lien, ada Yusra, yang paling utama Baz ada Allah. Banyakkan berzikir ya, Baz”. Suara lembuntnya Layyinul Harir terus membelai perasaan Aisya Bazella.

“Awaklah gadis paling mulia jika disucikan air taubat”. Aisya Yusra berkata lirih.

“Jiwanya rindukan kebenaran sebab itulah penyesalan datang bertandang dengan maksiat yang dilakukan. Setengah orang tak mampu membezakan apa itu dosa dan pahala. Ada pula yang sengaja mengulangi walaupun dah mengetahui. Hati yang terpilih Allah untuk mendapat hidayah-Nya sudah tentu hati yang menyesali dosa-dosanya ”. Monolog Asiah Yusra.

*petikan daripada novel TAUTAN HATI KARYA FATIMAH SYARHA NOORDIN

0 comments:

Post a Comment

ku damba kasihmu ya RABB...